“Hoi!!” Aku toleh ke belakang, saper yang berani hoi, hoi kuat
kuat kat Fakulti Kejuruteraan Elektrik UTM selain daripada aku? Ini dah kire
mencabar kedudukan aku sebagai insan paling kecoh kat FKE. Fadzli a.k.a Lee, insan
yang sering memakai baju sejuk ketika matahari memancarkan sinarnya secara
terik. Insan yang suka menyumbatkan telinganya dengan earphone setiap masa.
“Ko nak ape Sally?” Sally ni lelaki, name sebenar Salleh, aku pun
lupe bile aku mula panggil die Sally. Salleh, 21 tahun, berdarah mamak,
malangnya tidak seperti Shah Rukh Khan. Bilik Sally ni depan bilik aku. Nombor
kad pelajar pon sebelah sebelah.
“Nak kunci bilik ko. Boleh?” Salleh mempersembahkan riak wajah
yang tidak bersalah sambil menadah tangan.
“Nak buat ape pulak ni? Aku ada kelas nanti.” Ni mesti kes nak
main Travian online ni. Aku pon tak
faham manusia zaman sekarang ni. Nak berperang pun kene gune internet. Ape kate
kalo diorang pergi jer perang ngan Zionist. Sally ni pun satu, dapat biasiswa
JPA pon tak reti nak beli laptop ke? Laptop aku jugak jadi mangsa.
“Macam tak tau pulak kau ni. Travian…”
Hah! Kan? Aku dah boleh agak ape yang si Sally ni nak buat dalam bilik aku.
Bilik aku tuh macam bilik die jugak, cume die tak tido jerk at bilik aku tuh.
“Hmmm… Nah!” Aku letakkan kunci aku ke dalam tadahan Sally tuh.
“Aku habis kelas pukul 4. Kau jangan keluar! Nanti aku tak boleh
masuk bilik, aku gunakan Bankai aku. Hai
Neko!!!” Aku tarik baju Sally sambil buat buat nak keluarkan pembaris yang
ku pura-purakan sebagai pedang dari beg aku. Ini semue Bleach punye pengaruh.
“Aku tak takut, aku punya Bankai
lagi kuat, Senbonzakura Kageyoshi
Black Version!!!” Aku yang tolong bagi name tuh kat die. Dicuri dari Kuchiki Byakuya. Ada sejarah die kenape
ade perkataan ‘Black Version’ tuh.
Kisah peribadi.
“Nak menang jer! Ok, ok! Aku nak masuk kelas ni! Jangan bukak hidden files tau. Bye!!” Aku terus lari. Apa ke bengap aku pegi cakap macam tuh?
Mestilah die akan berasa ingin tahun dan kemudian beliau pasti akan
menyelongkar laptopku.
“Baiklah! Aku akan bukak.” Aku tunjuk penumbuk aku kat die. Masa
tuh aku dah berlari-lari anak di tangga. Tidak lupa juga sebelah telinga masih
disumbatkan earphone. Langkah ku mengikut tempo lagu Jai Ho oleh Pussycat Dolls.
Sambil
aku berjalan tuh, aku terasa aura kelabu menyelubungi. Mata-mata memandang aku.
Manusia manusia di FKE memang suke pandang aku sebab pakai sweater di kala
panas. Aku tak kesah pun. Biaselah. I
kan orang putih yang gelap. Dah biase pakai macam ni dekat UK a.k.a Ulu Kelang dulu.
Masa diploma pun aku macam ni. Semua orang tertarik dengan aku. Aku rase kalau
aku caj bayaran untuk sesiapa yang tengok aku, mesti aku dah habis payar PTPTN
untuk diploma dulu.Tapi disebabkan idea
tak radikal, aku hentikan perancangan.
“Dinda!!!”
Aku menjerit lepas aku bukak pintu kelas. Satu kelas tenung aku. Tak kesah.
Dinda aku terus menoleh dari buku yang dibacanya. Dinda ni nama die Nana.
Kiotrang ‘kawin’ masa semester satu, semester lepas.
“Kanda!” Die balas. Berani sungguh kitorang membuat kecoh
sedemikian. Sudahlah masuk kelas yang bukan jurusan sendiri, minority pulak tu. Apakan daya,
terpaksa, subject Electromagnetic Field
Theory atau EMT ni, course aku tak amik semester ni, aku pulak gatal gatal
nak ambil. Selalunya students yang menceroboh kelas course lain ini, ex diploma
jer. Transfer credit banyak sangat,
sekarang tak cukup subject. Tak ada
pilihan lain kecuali menarik subject semester depan lah.
“Mane Pipeh and Ruby?” Ku mencari kelibat dua wanita yang sering
ku lihat bersama Dinda. Pipeh ataupun Pipah dan Ruby tak kelihatan. Pelik.
“Diorang
tak sampai lagi. Pipah teman Ruby beli roti.” Ruby tuh, tengahari macam ni, tak
reti makan nasi ke? Selalu jer bawak roti dalam kelas. Boleh buat jual. Ade
hari tuh, die makan roti di kala tengahari sambil duduk kat koridor depan
kelas. Die bawak kerusi keluar dari kelas. Aku pun join lah dan bermulalah
aktiviti menganyam ketupat. Tut… Tut…
“Busuk!
Ko kenape jerit jerit ni? Buang tebiat jer.” Busuk ni name sebenar die Sapura.
Aku panggil die busuk, die panggil aku busuk. Jadi memang berlaku kekeliruan
kadang kala siapa yang busuk sebenarnya. Aku mula panggil dia busuk bermula
dari diploma dulu. Melekat sampai sekarang.
“Alah
kau ni Busuk, macam tak biase jer dengan aku. Nak marah marah aku pulak. Tak
puas ke malam tadi? Penat aku layan ko.” Semua orang dalam kelas yang berborak
tiba tiba diam dan pandang kitorang bila terdengar aku apa yang aku cakapkan. Terdapat
unsur lucah di dalam perbualan kami.
“Hoi!
Busuk! Ko ni sengal lah. Nasib baik lecturer
tak masuk lagi. Gile! Jangan cakap kuat-kuat. Aku kan perempuan simpanan ko?
Mane boleh bagi orang tahu.” Macam tuh lah aku dengan Busuk. Menggunakan unsur
unsur lucah di dalam perbualan. Padahal kami baik saja.
“Malam
kang I datang bilik you okay?” Aku terus blah meninggalkan
Busuk, yang selaku wanita di perhatikan oleh manusia manusia di dalam kelas
itu. Meja depan dah penuh, kene duduk belakang. Memang tak fokus lah hari ni. Jangan
lah Najib duduk kat meja aku tuh. Pengaruh buruk tuh. Aku duduk dan terus
mendengar mp3 aku. Lagu Lara Fabian, Je Suis Mon Couer
berkumandang.
“Hah!!”
Tiba tiba meja aku dihentam oleh seseorang. Terkojut aku. Najib! Kan aku dah
kata, die mesti attack aku. Ini lah
kawan yang akan membuat aku tidak focus.
Main lawan pemadam ketika kelas. Macam kanak-kanak riang. Conteng meja,
bergelak sakan kat belakang kelas EMT. Tu jer lah aktiviti kalo aku duduk ngan
die.
“Bau
rokok!!!” Aku menjerit. Aku memang pantang kalau ade bau rokok yang pekat ni.
Najib ni memang perokok. Kalau aku nak pergi toilet jer, selalu aku nampak die
merokokkan diri di depan bilik die. Tandas dekat luar bilik, memang nampaklah
kalau orang kat koridor tu.
“Uish!!
Jangan lah cakap kuat kuat. Nanti hilang saham. Sape nak dekat aku?” Hilang
saham? Bukan aku rase aku nampak gambar die dengan minah mane tah dalam telefon
bimbit die ke? Dah untung melabur, ade hati nak kate hilang saham.
“Baik
ko duduk! Mak cik tu dah datang.” Aku tunjuk kat pintu, Puan Fatimah dah masuk.
Lecturer kesayangan semester ni. Pandai
die ajar aku. Test satu full mark!!!
“Ko
jangan mengganggu konsentrasi aku hari ni! Aku gigit kau karang.” Aku amik
tangan Najib sambil buat buat nak gigit. Die cuak giler. Cepat cepat die tarik
tangan die.
“Gigit
lah Adi! Pergi lah gigit Adi.” Adi yang ada di meja depan toleh belakang dan
mengukirkan senyuman seperti Siti Nurhaliza di bibirnya. Aku halakan pembaris
panjang aku ke arah Adi. Adi terus pusing ke depan. Tak sangka, pembaris aku
berfungsi dengan berkesan sekali sebagai Zanpaktou.
Hai Neko!!! Siapa yang tidak faham, sila search di Google, taip Hai Neko Matsumoto.
“Aku
dah puas dah gigit die. Kan Adi? Kan?” Aku buat muka puas. Aku memang suke
gigit orang. Time time geram lah. Predator yang sering merayap di dalam UTM. Si
Adi tu selalu kene kejar dengan aku dari hujung blok ke hujung satu lagi kat
hostel. Mane taknye, setiap kali lalu dekat bilik aku, usik aku.
“A’ah,
sie sie aku melarikan diri dari die hari tuh. Pecut pun die berjaye kejar.”
Hah. Perokok! Memang lah senang pancit. Si Adi ni sendiri mengaku die pancit
sebab banyak merokok. Si Adi, Dinda, Ruby, Pipeh, Najib dan Busuk tu just
sebahagian dari ex diploma students
yang sekarang sambung study dalam course
Energy. Aku mase diploma dulu kenal Busuk sorang jer. Kat sini terus popular.
Aku pulak dari course Mechatronic.
Dalam kelas tu aku sorang jer dari course aku. Kawan kawan yang lain masuk
kelas lain. Aku lebih kurang macam loner lah.
“Yang
dekat belakang tu!!! Ade masalah ke?”Puan Fatimah bersuara dengan ton yang biase tapi menakutkan. Die kalau pissed off memang aku pon takut. Aura
kehitaman terpancar tau.
“Everything is under conntrol!!” Adi
menjawab. Tak pasal pasal kene tegur dah. Kitorang pon teruskan aktiviti
bersembang secara haram di dalam kelas secara diam diam. Lecturer mengajar di
hadapan kitorang pulak buat kelas lain kat belakang.
Remember that nite? It was raining, it was so cold.
Under my black umbrella, I walked on the dark road.
My coat got wet as I watched cats in their fight.
But there you are, standing under the red light.
You were leaning against the wall, smoking.
I saw you smiling but the truth is you were crying.
You saw me walking up to you, you covered up your pain.
Tried to hide the tears, you went standing under the rain.
Under the umbrella we walked through the street.
You smiled at me, like everything was sweet
But from your calls, I knew you were hurt.
In those red eyes of yours, I saw the word.
You drank the hot chocolate, under the blanket.
You looked outside the window, the heavier the rain get.
On my white couch, you hugged yourself harder
And then, the tears that were hiding before, there they are.