“Aaaaaa!!!” Aku menjerit lepas aku tengok jam dah pukul 1
petang.
“Kenape?
Babi hutan masuk bilik kite ke????” Adi yang terbangun dari lena diufuk mimpi
setelah mendengar jeritan merduku menjadi kelam kabut.
“Kepale
ko!! Dah pukul berape ni?? Tu lah. Gi online kat McD sampai subuh.” Balik bilik
pagi tadi pukul 5, tapi tido tak semestinya pukul 5. Kitorang berborak lagi
sebelum tido tuh.
“Sape
yang ajak? Aku ikut jer?” Adi tutup balik muke die dengan kain pelikat die yang
juga boleh diguna sebagai selimut. Adi cuba untuk menyambung tidurnya yang aku
kacau.
“Sape
suruh ko cakap ok???? Dah! Dah! Bangun! Mandi! Lapar ni!” Aku pergi dekat katil
Adi, then aku tekan perut die. Die memang tak suke aku buat macam tuh. Sebab
die tak suke lah aku buat.
“Ko
nak kene lempang 4 kali seminggu ke? Ko pegi mandi dulu!!” Adi menjawab tanpa
menunjukkan muka dia yang disembunyikan bawah kain pelikat tuh.
“Ko
ingat pelempang ko tu bagus sangat ke?” Aku cekak pinggang sambil tunjuk tangan
Adi.
“Ko nak rase ke?” Adi bangun dari katil.
“Tak nak!!! Aku takut!” Aku tolak die sampai die terduduk
atas katil die balik.
“Pergi mandi lah!” Adi terus baring atas katil sambil
membuat gaya erotic.
“Kau lah dulu!” Aku malas nak pegi mandi dulu. Aku nak
sambung tido lagi sikit sebenarnye.
“Osom???”
Adi keluarkan muka die dari kain pelikat die.
“Baiklah!”
Aku terus mengangkat tangan aku ke balakang bersedia untuk pertarungan.
“Osom!!!!!!”
Suara aku dan Adi berlawan osom bergema satu bilik.
Pertarungan
dimenangi oleh aku. Aku buat burung, Adi buat air. So, Adi pergi mandi dulu.
Aku pon sambung tido sekejab. Adi mandi sekejab jer. Aku tak puas tido die dah
habis mandi. Memang sedih. Lepas mandi kitorang pergi makan dekat Arcade K9.
“Aaaarkkk!!
Alhamdulillah..” Aku menamatkan sesi makan nasi aku.
“Ape
kite nak buat ni? Bosan lah!” Adi yang tengah minum Jelly Cocktail Soda die
mula bersuara.
“Tah
lah. Dah habis anime, drama dengan movie kat dalam external aku tuh aku tengok.”
Aku yang tengah minum air kelape menjawab pertanyaan Adi sambil melihat
keindahan café yang banyak lalat tuh.
“Tido
lah maknenye lepas ni.” Memang aku dah agak, mesti die akan mencadangkan idea
tu.
“Tak
nak!!! Letih tau tido. Kite keluarlah.” Aku semenjak berani bawak moto keluar
UTM ni, selalu mencadangkan idea bernas itu sekiranya kitorang bosan.
“Karaoke???”
Adi mengangkatkan kening belah kiri sebanyak 3cm.
“Baiklah!”
Aku pon terus capai kunci motor Najib.
Kitorang
balik bilik, ambil helmet. Kami menuju kea rah Giant Taman U untuk melakukan
aktiviti tidak berfaedah itu. Kitorang membeli 10 buah lagu dan free satu, 11
lah manenye. Macam-macam lagu kitorang nyanyi. Tapi yang paling seronok,
kitorang duet lagu Bring Me To Life. Budak bilik karaoke sebelah sampai
mengintai tengok kitorang menyanyi dengan bersemangat sekali. Hahahaha… Aku
nyanyi lagu Awie – Ratuku, Lefthanded – Halaman Rindu, Sheila On 7 – Berhenti Berharap,
Leann Rimes – Cant Fight The Moonlight dan macam-macam lagi. Memang hilang
suara. Puas aku!!!
Remember that nite? It was raining, it was so cold.
Under my black umbrella, I walked on the dark road.
My coat got wet as I watched cats in their fight.
But there you are, standing under the red light.
You were leaning against the wall, smoking.
I saw you smiling but the truth is you were crying.
You saw me walking up to you, you covered up your pain.
Tried to hide the tears, you went standing under the rain.
Under the umbrella we walked through the street.
You smiled at me, like everything was sweet
But from your calls, I knew you were hurt.
In those red eyes of yours, I saw the word.
You drank the hot chocolate, under the blanket.
You looked outside the window, the heavier the rain get.
On my white couch, you hugged yourself harder
And then, the tears that were hiding before, there they are.